Langkau ke Kandungan Utama

Lambang Yayasan Mohd Khairi atau disingkatkan sebagai YMK, melambangkan visi dan harapan pengasas kami, Dato’ Seri Mohd Khairi.

Warna pilihan hitam dan rona kuning keemasan sebagai sepanduk rasmi yayasan ini melambangkan kesediaan dan keprihatinan pihak Yayasan untuk membawa sinar harapan serta bantuan kepada golongan yang berada dalam kesusahan, kepayahan, dan amat memerlukan pertolongan.

MISI YMK – “Menjadi pemangkin bagi rakyat termiskin di Malaysia untuk keluar dari belenggu kemiskinan dengan membantu dan menyokong mereka melalui pelbagai cara yang perlu, yang akhirnya akan meningkatkan kualiti kehidupan seharian mereka.”

VISI YMK – “Menjadi salah sebuah yayasan utama di Malaysia yang merapatkan jurang antara institusi serta organisasi awam dan swasta dengan rakyat demi membasmi kemiskinan di negara ini.”

“Kita meneruskan kehidupan dengan apa yang  kita dapat,

Tetapi kita menghidupkan erti hidup dengan apa yang kita beri.”

– Winston Churchill

YAYASAN MOHD KHAIRI
Kembali ke atas