skip to Main Content
YAYASAN MOHD KHAIRI - YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya

SURAU BARU BUAT WARGA SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN CHANGLUN

SURAU BAHARU BUAT WARGA SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN CHANGLUN

YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Mohd Khairi (YMK) telah meluangkan masa berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, Kedah dalam Mesyuarat Pembinaan Surau Baharu Buat Warga SMK Changlun.

Semoga dengan adanya surau baharu ini, pihak sekolah dan para pelajar dapat memiliki ruang yang lebih luas dan selesa untuk memudahkan penganjuran program-program ibadat dan sebagainya, seiring dengan salah satu objektif YMK iaitu untuk menyalurkan bantuan ke sekolah-sekolah yang memerlukan untuk memastikan perjalanan pelajaran tidak terganggu.

Encik Omar Bin Baharom (Pengetua SMK Changlun), Encik Zainol Abidin Bin Mohammad (Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Changlun) dan wakil-waki PIBG telah menyambut baik kunjungan YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya.

#BersamaMembasmiKemiskinan
#FightingPovertyTogether

Back To Top