skip to Main Content
Dato' Seri Mohd Khairi Bin Dato' Mat Jahya Pengerusi, Yayasan Mohd Khairi

Dengan ingatan tulus ikhlas: YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya Pengerusi, Yayasan Mohd Khairi

Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Walillah hil Hamd.
.
Alhamdulilah, Allah SWT masih memberikan kesempatan kepada kita untuk sama-sama merayakan Aidil Adha yang penuh barakah pada tahun ini.
.
Aidil Adha merupakan hari yang Allah SWT syariatkan untuk kita bersama-sama mengenang harga sebuah pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
.
Ibadah korban juga merupakan tanda kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Ia juga memperingatkan kita tentang rezeki yang dikurniakan oleh Nya, agar umat Islam lain yang kurang berkemampuan dapat sama-sama berkongsi kenikmatan yang diperolehi.
.
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam. Taqobbalallahu minna wa minka.
.
Dengan ingatan tulus ikhlas:
YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya
Pengerusi, Yayasan Mohd Khairi
.
#BersamaMembasmiKemiskinan

Back To Top