skip to Main Content
Dato' Seri Mohd Khairi

Pentauliahan Leftenan Kolonel Bersekutu, Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi Yayasan Mohd Khairi, YBhg. Leftenan Kolonel (PA) Dato’ Seri Mohd Khairi kerana menerima pentauliahan Leftenan Kolonel Bersekutu, Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan.
.
Beliau telah menerima tauliah tersebut pada majlis Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Watikah Lantikan Pegawai Bersekutu (CDERT-Ohhsem Network) APM di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada 1 Ogos 2018 yang lalu. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM YAS TPj (PA) Roslan Wahab.
.
Semoga tanggungjawab yang diberikan ini akan digunakan untuk berbakti kepada masyarakat dan dapat memacu serta merancakkan lagi usaha bakti Yayasan Mohd Khairi kepada masyarakat sejagat.
.
#YayasanMohdKhairi
#BersamaMembasmiKemiskinan

Back To Top