skip to Main Content
YBhg. Dato' Seri Mohd Khairi Bin Dato' Mat Jahya

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN KUNCI SURAU YAYASAN MOHD KHAIRI

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (Qs Saba’ 39). Peringatan itu telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya, Pengerusi Yayasan Mohd Khairi dalam Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Surau Yayasan Mohd Khairi.

Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa syukur serta gembira dengan siapnya pembinaan surau baharu ini dan menyampaikan pesanan kepada Ahli Jawatankuasa Surau YMK agar dapat memanfaatkan surau tersebut dengan pelbagai program ilmiah yang boleh memuatkan kira-kira 800 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Surau baharu ini dibina bagi mengantikan surau lama yang sudah digunakan saban tahun yang lalu. Kepesatan aktiviti dan program ilmiah disamping bilangan jemaah yang sentiasa padat memenuhi surau lama yang sudah usang telah memberikan satu ilham kepada pihak YMK untuk membina sebuah surau baharu yang dapat memberi lebih keselesaan kepada para jemaah.

Pembinaan surau baru ini telah bermula pada 1 Ramadhan 1439H iaitu pada 17 Mei 2018 dan siap sepenuhnya untuk digunakan pada 29 Jamadilakhir 1440H bersamaan 6 Mac 2019.

Dalam majlis yang berlansung minggu lalu ini, YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya juga telah menyampaikan sumbangan 500 buah Al Quran Nur Karim untuk sama-sama dimanfaatkan oleh jemaah Surau YMK.
.
#BersamaMembasmiKemiskinan
#SurauYayasanMohdKhairi
#SurauYMK

Back To Top