skip to Main Content
SURAU MOHD KHAIRI

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN KUNCI SURAU MOHD KHAIRI

Islam agama yang mementingkan hubungan persaudaraan. Hubungan silaturrahim yang baik dan bersifat al-Wasil akan mengukuhkan lagi hubungan sesama Islam. Semoga kewujudan Surau Mohd Khairi di Bukit Ketri, Perlis ini dapat menjadi pusat dalam meningkatkan ukkuwah di kalangan penduduk muslim di sini. Begitulah hasrat YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya, Pengerusi Yayasan Mohd Khairi yang telah menyumbang kos pembinaan surau ini.
.
Semoga Ahli Jawatankuasa Surau Mohd Khairi dapat memanfaatkan surau tersebut dengan pelbagai program ilmiah yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang jemaah dalam satu-satu masa.
.
Majlis Perasmian Surau Mohd Khairi yang diadakan pada 1 Mei 2019, Rabu lalu turut dihadiri oleh S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin (Mufti Perlis) dan penduduk Bukit Ketri
.
#BersamaMembasmiKemiskinan
#SurauMohdKhairi

Back To Top