skip to Main Content
Dato’ Seri Mohd Kahiri

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA

Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan hari yang penting di setiap sekolah, ia merupakan hari di mana para pelajar diraikan dan diberikan penghargaan sebagai pengiktirafan atas kejayaan dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.

Semalam YBhg. Dato’ Seri Mohd Kahiri Bin Dato Mat Jahya, Pengerusi Yayasan Mohd Khairi telah meluangkan masa merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Kedah meraikan para pelajarnya yang cemerlang.

Terima kasih kepada warga Sekolah Dato’ Wan Kemara yang telah mengundang YMK ke majlis ilmu ini dengan keraian yang begitu rapi oleh para guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Gurun. Semoga dengan kehadiran Pengerusi YMK ini dapat memberikan sedikit sebanyak inspirasi kepada warga murid untuk terus berjaya dalam pendidikan di bangku pengajian.

#BersamaMembasmiKemiskinan
#FightingPovertyTogether

Back To Top