skip to Main Content
MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN TAHUN 2019

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN TAHUN 2019

Majlis yang disambut gilang gemilang ini mempunyai dua objektif utama iaitu, memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap segala keperluan serta isu penting berkaitan dengan kanak-kanak dan memberi penekanan tanggungjawab kepada masyarakat, khususnya ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak yang sempurna.

Dalam ucapan perasmian majlis, YBhg. Dato’ Seri Mohd Khairi Bin Dato’ Mat Jahya, Pengerusi Yayasan Mohd Khairi (YMK) telah menyampaikan pesanan kepada murid-murid di SK Taman Jasmin agar mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada negara kita dimana perlindungan terhadap kanak-kanak sangat dititikberatkan sejak dahulu lagi.

YMK sebagai sebuah NGO juga menyediakan sumbangan bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk meneruskan persekolahan.

#BersamaMembasmiKemiskinan
#FightingPovertyTogether

Back To Top