skip to Main Content

Program Khidmat Sumbangan Ramadan 1447H

Program Khidmat Sumbangan Ramadan 1447H: “Kasih Ramadan, Tanpa Sempadan” telah dilaksanakan di Banten Province, Indonesia pada 26 Februari hingga 2 Mac 2026.

Program ini melibatkan seramai 15 sukarelawan dari Malaysia dan 20 sukarelawan dari Indonesia yang berganding bahu menjayakan pelbagai misi kebajikan sepanjang bulan Ramadhan.

Sepanjang pelaksanaan program, lebih 1,500 penerima manfaat telah menerima bantuan melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan. Antara aktiviti utama yang dilaksanakan ialah agihan sembako (barangan keperluan asas), bantuan zakat, santunan kepada komuniti, pemberian pakaian raya kepada kanak-kanak, majlis iftar bersama masyarakat setempat serta lawatan ke kawasan pedalaman yang berdepan kesukaran ekonomi bagi menyampaikan bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan.

Program ini bukan sahaja mengukuhkan semangat kesukarelawanan rentas negara, malah menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kemanusiaan dan menyemai nilai keprihatinan terhadap komuniti yang memerlukan. Hasil pelaksanaan program turut mengenal pasti beberapa aspek yang boleh dipertingkatkan pada masa akan datang, termasuk penilaian keperluan komuniti, sistem agihan bantuan serta pengurusan logistik bagi memastikan penyampaian bantuan yang lebih berkesan dan tersusun.

Back To Top