Program Khidmat Sumbangan Ramadan 1447H: "Kasih Ramadan, Tanpa Sempadan" telah dilaksanakan di Banten Province, Indonesia…
Program Kasih Ramadhan Nusantara 2026 – Thailand (Pattani & Yala)
Program Kasih Ramadhan Nusantara 2026 – Thailand (Pattani & Yala)
“Merentasi Sempadan, Menyantuni Ummah.”
Program Kasih Ramadhan Nusantara 2026 telah berjaya dilaksanakan di wilayah Pattani dan Yala, Thailand pada 6 hingga 8 Mac 2026, menghimpunkan sukarelawan dalam misi kebajikan bagi menyantuni komuniti Muslim setempat sepanjang bulan Ramadan.
Dengan penyelarasan oleh Ketua Operasi Thailand (KOT) bersama pihak madrasah, masjid dan sukarelawan tempatan, pelbagai aktiviti telah dijalankan di Madrasah Ihsaniah Darham, Pattani serta beberapa masjid di Mukim Kulam, Yala.
Sepanjang program berlangsung, sebanyak 4 ekor lembu telah disembelih, sekitar 110 hidangan iftar disediakan untuk para pelajar dan komuniti di madrasah, manakala 100 pek sumbangan Ramadan turut diagihkan kepada keluarga yang memerlukan melalui serahan di masjid serta penghantaran terus ke rumah penerima.
Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyampaikan bantuan Ramadan kepada komuniti sasaran, sekali gus memperkukuhkan semangat ukhuwah dan nilai kemanusiaan merentasi sempadan negara.





























